Senin, 16 April 2012

SEMBILAN BELAS HADITH RASULLULLAH S.A.W
MENGENAI WANITA
1. Doa perempuan lebih makbul daripada
lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih
kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab
Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t.
mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-
dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui,
maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
s.w.t. memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan
anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah s.w.t. dan orang yang
takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah
s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih
baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah
s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak
terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w,
"Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua
orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan
semua beristighfar baginya selama mana
dia taat kepada suaminya serta menjaga
sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka
dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah
dari mana-mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.
16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17 Wanita yang tinggal bersama anak-
anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi
s.a.w) di dalam syurga.
18 Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya
syurga.
19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang
diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuan lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka."
Waallahu alam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar