Senin, 16 April 2012

KISAH LIMA PERKARA ANEH
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang
masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku
menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul
ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang
hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui
mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan
yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari
rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau
dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat
(hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan,
ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau
putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau
daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya
menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya
ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu
kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan
memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu
yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan
hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya,
tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi
sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu
disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis
bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur
'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu
bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat
akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi
itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk
emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk
emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya
semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan
perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya
tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu
terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor
burung helang sedang mengejar seekor burung kecil.
Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai
Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu
dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam
bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu
pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai
Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu
sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan
harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang
keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi
kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya
dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu
memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada
helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun
terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam
bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak
lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang
amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ
kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan
hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu,
maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi
pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku
telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang
diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku
erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T.
bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah.
Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada
akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta
menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih
manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun
disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga;
jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah
kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta
kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu
kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau
yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang).
Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk
berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita
semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini
sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari.
Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah
mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu
suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa
kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan
pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di
akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut
melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia
bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu
berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang
mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita
sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang
benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita
sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata
hal orang walaupun ia benar
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar