Senin, 16 April 2012

20 waktu yang dilarang berjima (berhubungan suami istri)

Berhubungan suami istri harus dilakukan penuh adab dan
ada waktu-waktu yang dibolehkan dan ada waktu – waktu
yang dilarang untuk melakukan hubungan suami istri. Hal
ini disebabkan karena dalam Islam hubungan suami istri
adalah ibadah dan bernilai pahala.
Adapun waktu waktu yang dilarang untuk berjima’ yaitu:
1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu
pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya
(sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka
sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah
mengenainya dan anaknya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas
zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu,
maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka
kepada manusia yang bermata juling.”
3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’,
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada
kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka
anak itu tidak selamat daripada bisu.”
4. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu
dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan
menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
5. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur,
janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku
bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari
langit yang membakar kamu berdua.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali
ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
7. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan
menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas
syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada
yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu
akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa
kamu berdua kepada berpecah dan talak.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada
malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak
itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya
kecuali sudah tua.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu
pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu
berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia
akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu
di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan
terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan
tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau
Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak
itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-
minta dan faqir sehingga mati.”
11. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu
di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat
atau seorang ketua yang bengis,”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu
sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu
demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan anak
pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang
menumpahkan darah.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu
semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak
maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu
berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati
dan bakhil tangan.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu
pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya
yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu
berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang
jelek pada muka dan rambutnya.”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu
pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak
tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-
minta. “
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu
dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar
kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada
orang yang zalim dan pada tangannya membuat
kebinasaan kepada manusia.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu
di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika
Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti
anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang
melewati batas.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu
pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang
demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan
membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan
Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal
Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu
bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga
malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bila Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia
menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang
zalim.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu
pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan
anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang
sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”
Sumber:
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA
AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”..1* (1*) Al-
Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al-
Ilal ms 174.
Sumber blog:
http://ttuyup.wordpress.com/2006/08/08/wasiat-rasulullah-
saw-pasal-jimak/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar