Senin, 16 April 2012

Fadhillah Wanita
Point-point ini terdapat di dalam kitab Kanzul ‘Ummal,
Misykah, Riadhush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti
Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain, checking satu persatu
belum dibuat. Mudah-mudahan dapat diambil ibrah
darinya.
1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut,
jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapak
dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000
orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70
orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70
lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, derajatnya seumpama orang yang
senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT
dan orang yang takutkan Allah SWT akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa
yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali
haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk
dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada
hari pertama haidhnya membaca
“Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”.
Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan
aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”;
maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan
dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang
aman dari siksa, bahkan Allah Ta’ala
mengangkatnya ke atas derajat, seperti derajatnya
40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir
kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam
syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa
serta bertanggung jawab, maka baginya adalah
syurga.
10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan
sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu
bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan
di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya
dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang
dan puasanya)
15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada
Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”.
“Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab
Rasulullah SAW. “Ibunya”.
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat
lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan),
memelihara kehormatannya serta taat kepada
suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari
pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia
ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya
(10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah
lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak
hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa
pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat
pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT .
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada
satu uratnya Allah mengaruniakan satu pahala
haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya dari badannya (ASI) akan dapat satu
pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempo (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di
langit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi
pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur
yang tidak selesai kerana menjaga anaknya yang
sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan
20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian
suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu
kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari
sang surya akan meminta keampunan baginya,
dan Allah mengangkatkannya seribu derajat
untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu
orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita
yang melayani suaminya selama seminggu, maka
ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan
dibukakan baginya pintu syurga, yang dia dapat
masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya
hingga pulanglah ia, disapukan mukanya,
dihamparkan duduknya atau menyediakan makan
minumnya atau memandang ia pada suaminya
atau memegang tangannya, memperelokkan
hidangan padanya,memelihara anaknya atau
memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana
mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya
akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap
langkahnya dan setiap pandangannya pada
suaminya sebagaimana memerdekakan seorang
hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah karuniakan
Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya
atas karunia rahmat itu. Tiada seorang pun yang
sampai ke martabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang
isteri yang siang dan malamnya menggembirakan
suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suaminya melihat isterinya dengan
kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh
rahmat.
36. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayani dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.
39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang
berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk
suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan
oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya
dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani
Israel yang buta sebelah matanya sangat baik
khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya,
dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai
makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan
sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan
sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang
buta telah celik. Allah karuniakan kemuliaan pada
perempuan itu kerana memuliakan dan
menghormati suaminya.
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW.
keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati
beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda
lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan
mayat ?” Jawab mereka,”Tidak”. Sabda Baginda
“Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan
tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di
rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya
pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang
lelaki.”
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan
“Bismillah” akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan
“Bismillah”, Allah akan berkahkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti menyapu lantai di
Baitullah.
45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah
akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api
neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit
dan bumi.”
46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal
benang, Allah akan mencatatkan untuknya
perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat
dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang
menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah
menentukan satu tempat khas untuknya di atas
tahta di hari akhirat.”
48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal
benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-
anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya
ganjaran sama seperti orang yang memberi makan
kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian
kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang
meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya,
mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri
anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya
pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan
memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat
dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata
orang-orang yang memperhatikannya.”
50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita
meminyakkan rambut dan janggut suaminya,
memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya,
Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-
sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul
maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi
sebuah taman dari taman- taman syurga dan
dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka
dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah
akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumah tangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi
ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu
akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
dari yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri
kepada wanita yang memberati auratnya yaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat
perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan
ringan pula maharnya (mas kawin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang
apabila engkau memandang kepadanya ia
menggirangkan engkau, jika engkau memerintah
ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau
berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, “Allah telah
memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita
dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih
kesabarannya dengan iman dengan
mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang
menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati),
seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua,
maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid”.
***

Ampuni segala dosa-dosaku ya Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar