PESANAN BUAT WANITA
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang
beriman, supaya mereka menahan sebahagian
penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada
memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari
yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian
badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-
hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan
hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher
(tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan
tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya),
kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya,
anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-
saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak
saudara perempuannya, sesama perempuan Islam,
hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang
menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai
keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-
pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi
mempunyai keinginan kepada perempuan) dan
kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian
kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka
pukulkan kakinya, supaya diketahui orang
perhiasannya yang tersembunyi (misalannya
melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya
terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya
nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada
Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya
kamu beruntung. (surah An-Nur ayat 31)
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang
yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka
mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan
larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-
Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan
janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang
yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan
Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang
lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati
mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/
ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-
orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)
Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita
ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun
Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-
masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang
sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk
menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan
bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-
apa mereka segera memalingkan muka menghadap
dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah
mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-
wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah
berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah
s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama.
Dalam ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita
supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita
(Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh
dari zaman nabi mereka maka semakin kurang
mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini.
Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak
tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana
kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh
membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita
dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai
seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan
dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah
Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14
abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-
tutup lagi?
Lihat lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirma "Katakan
kepada orang-orang perempuan yang beriman"
Allah s.w.t. dengan khusus gunakan perkataan
"beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana
segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-
orang yang beriman sahaja.
Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-
ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman.
Kita kata kami beriman dengan Allah s.w.t, Rasul-
rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita
ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan.
Allah s.w.t. telah menggariskan peraturan dan rasul
telah mengajarkannya dan peraturan itu telah
termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih
leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus
dengan kain putih sebelum kita sempat menutup
aurat.
Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG
BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang
ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga.
Bimbang "Esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah
s.w.t. dan rasulNya dengan mengikut perintah
mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah
s.w.t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.
Waallahu alam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar