Kisah Pemuda Yang Menikahi Wanita "Buta, Tuli, Bisu Dan Lumpuh"
Seorang lelaki yang soleh
bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran
kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat Sebuah apel jatuh keluar
pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat apel yang
merah ranum itu tergeletak di tanah membuat air liur
Tsabit terbit, apalagi di hari yang panas dan tengah
kehausan. Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan
dimakannyalah buah apel yang lazat itu, akan tetapi baru
setengahnya di makan dia teringat bahawa buah itu bukan
miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.
Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu
hendak menemui pemiliknya agar meninta dihalalkan buah
yang telah dimakannya. Di kebun itu ia bertemu dengan
seorang lelaki. Maka langsung saja dia berkata, “Aku
sudah makan setengah dari buah apel ini. Aku berharap
anda menghalalkannya”. Orang itu menjawab, “Aku bukan
pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan
menjaga dan mengurus kebunnya”.
Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, “Dimana
rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar
dihalalkan apel yang telah ku makan ini.”Pengurus kebun
itu memberitahukan, “Apabila engkau ingin pergi kesana
maka engkau harus menempuh perjalan sehari semalam”.
Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik
kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, “Tidak mengapa.
Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya
jauh. Aku telah memakan apel yang tidak halal bagiku
kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w.
sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: “Siapa
yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih
layak menjadi umpan api neraka”
Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di
sana dia langsung mengetuk pintu. Setelah si pemilik
rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi
salam dengan sopan, seraya berkata,” Wahai tuan yang
pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah
apel tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu
mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan
itu?”
Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya
dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba, “Tidak, aku
tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat.”
Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana takut ia
tidak dapat memenuhinya. Maka segera ia bertanya, “Apa
syarat itu tuan?” Orang itu menjawab, “Engkau harus
mengawini putriku !”
Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan
tujuan lelaki itu, maka dia berkata, “Apakah kerana hanya
aku makan setengah buah apelmu yang keluar dari
kebunmu, aku harus mengawini putrimu?”
Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan
Tsabit. Ia malah menambahkan, katanya, “Sebelum
pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-
kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan
tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!”
Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun.
Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu
patut dia persunting sebagai isteri gara-gara setengah
buah apel yang tidak dihalalkan kepadanya? Kemudian
pemilik kebun itu menyatakan lagi, “Selain syarat itu aku
tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !”
Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, “Aku
akan menerima pinangannya dan perkahwinanya. Aku
telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah
Rabbul ‘alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-
kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat
berharap Allah selalu meridhaiku dan mudah-mudahan aku
dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah
Ta’ala”.
Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu
menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad
nikah mereka. Sesudah perkahwinan selesai, Tsabit
dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit
hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap
mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu,
kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam
rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka iapun
mengucapkan salam, “Assalamu”alaikum…”
Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya
dan kini resmi jadi isterinya itu menjawab salamnya
dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri
wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut
tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang
kini menjadi isterinya itu menyambut uluran tangannya.
Tsabit sempat terhentak menyaksikan kenyataan ini. “Kata
ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia
menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian berarti
wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan
tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta
dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku
dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra
pula”, Kata Tsabit dalam hatinya. Tsabit berfikir, mengapa
ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan
dengan yang sebenarnya ?
Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya,
“Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta.
Mengapa?” Wanita itu kemudian berkata, “Ayahku benar,
kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan
Allah”. Tsabit bertanya lagi, “Ayahmu juga mengatakan
bahawa engkau tuli, mengapa?” Wanita itu menjawab,
“Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu mendengar
berita dan cerita orang yang tidak membuat ridha Allah.
Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan
lumpuh, bukan?” Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini
sah menjadi suaminya. Tsabit mengangguk perlahan
mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu
berkata, “aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku
hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah
Ta’ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku
tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh
menimbulkan kegusaran Allah Ta’ala”.
Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata
amat soleh dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan
bangga ia berkata tentang isterinya, “Ketika kulihat
wajahnya… Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di
malam yang gelap”.
Tsabit dan isterinya yang salihah dan cantik itu hidup
rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka
dikurniakan seorang putra yang ilmunya memancarkan
hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam
Abu Hanifah An Nu’man bin Tsabit.
Be_
GO : www.akhwatmuslimah.com

Tidak ada komentar:
Posting Komentar